Anda di sini

Pusat Pengagihan Bubur Masja-Sa diperluas ke seluruh kawasan Parlimen Petra Jaya

Advertisement

KUCHING: Pusat Pengagihan Bubur Lambuk atau Bubur Masja-Sa diperluaskan ke seluruh kawasan Parlimen Petra Jaya bagi memastikan masyarakat Islam yang sibuk dapat berbuka bersama.

Menteri Muda di Pejabat Ketua Menteri (Hal Ehwal Islam) Datuk Daud Abdul Rahman berkata pusatpusat berkenaan terletak di Matang, Samariang, Bako dan beberapa tempat lain dan termasuk Masjid Jamek.

“Di Malaysia, rakyatnya mewah hasil daripada perpaduan serta persefahaman di kalangan masyarakat Islam dan bukan Islam dan kita seharusnya mengucap kesyukuran baginya.

“Di sesetengah negara yang sedang mengalami kekacauan ada antaranya yang hanya memakan rumput sedangkan salah faham itu wujud di kalangan umat Islam yang dianggap enteng sahaja,” katanya ketika berucap pada Majlis Pengagihan Bubur Masja- Sa kepada orang ramai di sini semalam.

Beliau berharap semangat hormat-menghormati dan muhibah di kalangan rakyat akan sentiasa dipertahankan dan keadaan rakyat negara lain yang sedang berada dalam kekalutan dijadikan iktibar kehidupan.

Daud juga meminta agar rakyat tidak leka sehingga tidak menunaikan tarawih selepas berbuka dengan kemewahan makanan yang terdapat di negara ini.

Lebih 50 orang ramai dan ketua masyarakat hadir untuk menerima beg bubur Masja-Sa yang semakin terkenal kerana kelazatannya.

 

Advertisement