Anda di sini

Pelajar dakwa dipukul, dirogol oleh kekasih sendiri

Advertisement

SARIKEI: Gara-gara enggan melayan nafsu serakah, seorang pelajar perempuan sebuah sekolah menengah di sini dipukul dan dirogol oleh seorang lelaki yang dipercayai kekasihnya sendiri.

Kejadian dipercayai berlaku pada Jumaat lalu, jam 5.30 petang.

Menurut sumber, gadis berusia 17 tahun itu mengalami lebam mata kiri dipercayai dibelasah teman lelakinya yang berusia 20 tahun dan bekerja sebagai pekerja pendawaian.

Sebelum kejadian, difahamkan mangsa sedang menunggu bas di hadapan sekolahnya, sebelum dijemput oleh suspek menggunakan sebuah motosikal.

Selepas itu, suspek membawa mangsa bersiar-siar dengan menaiki motosikalnya.

Sejurus tiba di satu kawasan semak dan berbukit di Jalan Nyabor Selalang dekat sini, suspek telah memberhentikan motosikalnya dan memaksa suspek untuk melakukan hubungan seks.

Mangsa yang enggan menuruti kehendak suspek kemudiannya dipercayai dibelasah oleh suspek hingga lebam mata kirinya.

Ketakutan terus dibelasah oleh suspek, mangsa terpaksa akur dan menuruti permintaan suspek.

Sejurus selesai merogol mangsa, suspek dikatakan menghantar mangsa pulang ke rumah sambil mengugut agar tidak memberitahu kepada sesiapa tentang kejadian itu.

Bagaimanapun, mangsa yang trauma dengan nasib malang yang menimpanya, terus memberitahu keluarganya tentang insiden tersebut.

Berikutan itu, keluarga mangsa membawanya ke Balai Polis Sarikei untuk membuat laporan polis sebelum pergi ke Hospital Sarikei dan kemudiannya ke Hospital Sibu bagi menjalani pemeriksaan.

Berdasarkan laporan yang telah dibuat oleh mangsa dan keluarganya, sepasukan polis bertindak menjejaki suspek dan berjaya menahannya di rumahnya pada awal pagi Sabtu.

Suspek dikenakan tahanan reman sejak 29 Jun hingga 2 Julai bagi membantu siasatan lanjut polis.

Kes disiasat di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan.

Advertisement