Anda di sini

Jangan utarakan masalah melalui media: Andrew

Advertisement

Oleh Borhaniza Ali Basah

SIBU: Para penjaja di Pasar Sentral Sibu (SCM) dinasi¬hati tidak mengutarakan masalah yang mereka ha¬dapi melalui media, se¬baliknya mereka harus mengetengahkan sebarang masalah atau ketidakpuasan hati terus kepada Majlis Perbandaran Sibu (MPS).

“Kami (MPS) sentiasa membuka pintu kepada pen¬jaja yang ingin mengadu segala bentuk masalah mereka kepada kami.

“Sehubungan itu, MPS berasa sangat kecawa terha¬dap penjaja daripada SCM yang membuat keputusan mengadu masalah mereka kepada pihak media dengan membelakangkan kami,” kata Timbalan Pengerusi MPS Datuk Andrew Wong pada sidang media di pejabat SMC, Wisma Sanyan semalam.

Sidang media ini diadakan sebagai maklum balas dan penjelasan kepada penjaja di SCM yang mengetengahkan beberapa isu di ruangan media.

Selain itu, MPS dengan tegas tidak pernah menerima sebarang surat aduan bertulis untuk mempertimbangkan semula mana-mana terma dan syarat-syarat yang berkaitan dengan penjaja berlesen di Sibu.

Di samping itu, lesen yang diberikan oleh MPS hanya un¬tuk golongan berpendapatan rendah yang ingin membuka gerai perniagaan bagi menam¬bah pendapatan keluarga.

“Kami berharap penjaja dan orang ramai memahami bahawa lesen yang diberikan kepada penjaja hanya untuk yang berpendapatan rendah, bagi membantu mengurang¬kan beban kewangan mereka dengan cara menyediakan gerai kecil untuk mereka berniaga.

“Untuk yuran lesen, pen¬jaja hanya perlu membayar RM120-RM240 setahun dan sewa gerai hanya antara RM60 hingga RM150 sebulan,” jelas beliau.

Andrew menjelaskan, isu mengenai tempoh minimum 25 hari berniaga menjadi isu utama yang diketengahkan penjaja di media.

“MPS menetapkan 25 hari sebagai minimum hari ber¬niaga kerana hanya penjaja yang kekal komited akan terus berniaga.

“Ini adalah normal, kerana mana-mana badan berkanun mahupun swasta pekerja mereka bekerja sekurang-kurangnya lima hari sem¬inggu, bersamaan 25 hari sebulan.

“Lagipun, kebanyakan pen¬jaja hanya berniaga awal pagi dan menutup gerai mereka seawal jam 12 tengah hari,” katanya.

Selain itu, MPS menasihati penjaja yang berniaga di luar waktu perniagaan agar menu¬lis surat kebenaran kepada MPS.

Contohnya penjaja yang pulang sebelum jam 8 malam dan berniaga pada waktu malam sahaja.

Berhubung kenyataan pen¬jaja di surat khabar, penjaja SCM memohon agar ahli ke¬luarga mereka boleh berniaga di gerai mereka atas alasan pemegang lesen bekerja di tempat lain atau masalah kesi¬hatan dan ini jawapan Andrew kepada penjaja:

“Walau apa pun alasan penjaja membenarkan ahli keluarga mereka berniaga di gerai mereka, MPS menca¬dangkan agar lesen mereka dipindahkan kepada ahli ke¬luarga yang terdekat melalui proses yang betul, baharulah ahli keluarga tersebut berhak ke atas lesen itu.”

Andrew juga menjawab laporan yang menyatakan ba¬hawa penjaja mendesak MPS melakukan promosi ke atas SCM agar mereka dapat ber¬niaga lebih hari dan masa.

“Seperti tempat perniagaan yang lain, ada yang maju dan ada juga yang kurang mem¬berangsangkan.

“MPS telah melakukan yang terbaik dengan membina pusat berniaga terbesar di Malaysia untuk penjaja, ban¬gunan tempat letak kenderaan bertingkat dan menyediakan yuran dan sewa yang teramat murah.

“Namun terdapat kenyat¬aan yang dibuat oleh segelintir penjaja yang hanya mement¬ingkan diri,” keluh Andrew.

Terdapat juga kenyataan penjaja SCM di akhbar yang meminta agar lesen mereka secara automatik dipindah milik terus kepada anak-anak mereka.

“Bagaimanapun, jika anak mereka para graduan uni¬versiti yang mempunyai gaji yang bagus, adakah masih logik untuk pemindahan secara automatik pemilikan lesen ini.

“Daripada aspek lain, ia memang membantu kerana ia membolehkan penjaja memastikan generasi mereka terus hidup selesa.

“Tetapi, berapa ramai graduan universiti mahu menjadi penjaja?” ujar An¬drew penuh persoalan.

Oleh itu, MPS menegaskan bahawa tiada sebarang pe¬rubahan pada terma dan syarat-syarat pemegang lesen penjaja, walaupun 25 hari minimun berniaga.

Turut hadir Pengerusi MPS Datuk Tiong Thai King dan Naib Pengerusi MPS Bahagian Pasar dan Penjaja Kecil Kiew Shyh Yong.

 

Advertisement