Anda di sini

RRSS naib johan Pertandingan Forum Pelajar anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka

Advertisement

MIRI: Pasukan forum Sekolah Menengah Jalan Riam (RRSS) muncul naib johan Pertandingan Forum Pelajar untuk pelajar-pelajar Sekolah Menengah Persendirian Cina (SMPC) yang diadakan di Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) Kuala Lumpur pada 27 Jun lalu.

Mereka membentangkan tajuk ‘Demam Telefon Pintar Dalam Kalangan Remaja’ dan membawa balik hadiah pingat, pemainan Shahiba, bola sepak, raket badminton dan wang tunai RM400 setiap seorang.

Dibimbing  Guru Penyelaras  Laura Gomis, salah seorang ahli iaitu Chieng Khai Wee dipilih sebagai Ahli Forum Terbaik dan menerima hadiah RM200, sijil dan permainan karom.

Ahli-ahli lain ialah Keith Lian Robert selaku pengerusi, Anderson Yee Kai Heng, Chong Huat Neng dan Jeffrey Tan Shu Cheng.

Hadiah disampaikan oleh Timbalan Menteri Pendidikan 1 Datuk Mary Yap Kain Ching.

“Juara dan pemenang ketiga masing-masing disandang SM Kian Kok, Sabah dan SM Kuan Cheng, Kuala Lumpur.

Antara pertandingan lain yang dianjurkan ialah koir, deklamasi puisi, bercerita, pidato dan sastera penulis muda.

Festival dianjurkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) dengan Kementerian Pendidikan Malaysia, Persatuan Penterjemahan dan Penulisan Kreatif Malaysia, Persekutuan Persatuan-Persatuan Lembaga Pengurus Sekolah Cina Malaysia dan Persatuan Guru-Guru Sekolah Tamil Malaysia.

Penganjuran kali keenam ini bertujuan memantapkan penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa perpaduan dalam kalangan pelajar daripada Sekolah Menengah Persendirian Cina (SMPC), Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) dan Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT).

Advertisement