Anda di sini

Peniaga gagal pamer tanda harga akan dikenakan tindakan tegas

Advertisement

RAUB: Semua peniaga di bazar Ramadan wajib mempamerkan tanda harga untuk mengelak pembeli keliru dengan harga barangan yang dijual.

Pengerusi Jawatankuasa Koperasi, Usahawan dan Ke-penggunaan Negeri Datuk Shahiruddin Ab Moin berkata, lebih 200 anggota pe-nguatkuasa Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Pahang bersama 2,000 anggota skuad pemantau akan turun padang untuk meninjau perkara tersebut.

“Mereka yang gagal berbuat demikian boleh dikenakan tindakan tegas mengikut Akta Kawalan Harga dan Anti-pencatutan 2011.

“Jika sabit kesalahan, peniaga yang gagal mempamerkan tanda harga boleh didenda sehingga RM5,000 bagi perseorangan dan maksimum RM100,00 kepada syarikat,” katanya di sini.

Menurutnya, langkah meletakkan tanda harga pada setiap barangan yang dijual, akan lebih memudahkan orang ramai dan peniaga dalam urusan perniagaan.

Dalam masa yang sama, Shahiruddin turut memberi amaran kepada penjaja agar tidak menjual barangan dan makanan yang telah tamat tarikh lupus kepada pembeli untuk mengelakkan kejadian seperti keracunan makanan.

“Peniaga sepatutnya bertimbang rasa, jujur dan jangan mementingkan keuntungan semata mata, sebaliknya perlu lebih bertimbang rasa,” katanya. — Bernama

Advertisement