Anda di sini

Kaki ditusuk serpihan besi pagar ketika potong rumput

Advertisement

KUCHING: Kerja memotong rumput di sebuah tempat di Kota Sentosa, Batu Tujuh di sini tergendala gara-gara pergelangan kaki seorang pekerja pemotong rumput tertusuk objek terbang.

Dalam kejadian sekitar jam 10 pagi itu, pekerja berusia 60 tahun itu dikatakan sedang memotong rumput di sekitar pagar besi.

Tanpa disedarinya serpihan pagar itu terpelanting lalu menusuk pergelangan kaki kanan lelaki yang dikatakan berasal Kampung Mambong itu.

Setelah beberapa minit menahan kesakitan, dia kemudian dibawa ke klinik berhampiran untuk menerima rawatan.

Dia seterusnya dirujuk ke Hospital Umum Sarawak apabila besi itu didapati menusuk hingga ke tulang kakinya.

Keadaannya bagaimanapun dilaporkan stabil.

Advertisement