Anda di sini

Lakukan usaha efisien bentuk perpaduan kaum

Advertisement

Oleh Andy Sabang //

Dalam harungi arus pemodenan k’jaan sentiasa cari jalan untuk merealisasikan perpaduan kaum: Sim

SIBU: Usaha yang efisien harus dilakukan bagi membentuk perpaduan kaum di kalangan masyarakat berbilang kaum.

Residen Bahagian Sibu Sim Kok Kee berkata, dalam mengharungi arus pemodenan kerajaan sentiasa mencari jalan untuk merealisasikan perpaduan kaum.

Ini termasuk penganjuran aktiviti kemasyarakatan yang memerlukan setiap kaum mengambil bahagian.

“Dengan cara sedemikian masyarakat dapat mengeratkan hubungan walaupun berbeza agama dan bangsa.

“Cara ini dapat memupuk semangat kerjasama dan saling bantu membantu antara satu sama lain dengan menghapuskan sikap mementingkan diri,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap menyempurnakan Majlis Penutupan Pesta Sibu Jaya 2014 malam kelmarin.

Menurut Sim, penganjuran pesta sebegini bukan mudah dan memerlukan sumbangan setiap pihak untuk menjayakannya.

Ia bertujuan memastikan program yang dirancang dapat mewujudkan perpaduan secara maksimum.

“Aktiviti kemasyarakatan dapat menjadi wadah terbaik bagi memupuk semangat perpaduan yang perlu ada dalam diri setiap rakyat negara ini.

“Ini kerana ia seiring dengan hasrat kerajaan mewujudkan masyarakat yang bersatu padu walaupun berlainan bangsa mahupun agama,” katanya.

Dalam pada itu, Sim memuji usaha MDLBS kerana berjaya menganjurkan pesta seumpama itu.

Kira-kira 2,000 penduduk Sibu Jaya serta di kawasan sekitarnya hadir menyaksikan serta menyertai pelbagai program yang dianjurkan.

Turut hadir Timbalan Pengerusi MDLBS Oliver Kuo dan pengerusi penganjur program Pasang Ngalambai.

Advertisement