Anda di sini

Kebakaran menjejaskan sambutan Ramadan keluarga Lias

Advertisement

DUGAAN KAMI SEKELUARGA: Rumah Lias di Kampung Lalang Tengah, Gedong musnah dalam kebakaran.

GEDONG: Persiapan sebuah keluarga di Kampung Lalang Tengah di sini untuk menyambut ketibaan bulan Ramadan terjejas apabila rumah mereka hangus dalam kebakaran.

Insiden yang berlaku sekitar jam 10.40 malam Jumaat lepas iaitu selepas tarikh umat Islam berpuasa diumumkan menyebabkan, rumah milik Lias Tamin musnah sepenuhnya.

Namun dia yang berusia 70 tahun bersyukur kerana insiden itu tidak mengorbankan nyawa ahli keluarganya.

“Kami sekeluarga reda apa yang berlaku…mungkin ini adalah dugaan kami,” katanya sambil berharap agar kerajaan tampil menyalurkan bantuan untuk meringankan beban mereka.

Lias memberitahu, kebakaran itu menyebabkan mereka sekeluarga tinggal sehelai sepinggang.

“Semuanya habis terbakar, tiada satu pun barang yang dapat diselamatkan,” tambahnya.

Kelmarin Menteri di Jabatan Perdana Menteri Nancy Shukri tampil menghulurkan bantuan kewangan dan barang makanan dan keperluan harian.

“Saya berharap agensi kerajaan berkaitan segera menyalurkan bantuan kepada mangsa bagi meringankan beban yang ditanggung mereka kerana kesemua barang keperluan musnah dalam kebakaran ini,” ujarnya.

Advertisement