Anda di sini

306 graduan terima sijil, diploma pada Majlis Konvokesyen RIT 2014

Advertisement

MIRI: Sejumlah 306 graduan Riam Institute of Technologi (RIT) telah menerima sijil dan diploma masing-masing pada Majlis Konvokesyen RIT 2014 di Eastwood Valley Golf & Country Club di sini, petang kelmarin.

Antara sijil dan diploma yang diterima ialah Sijil Akaun Teknikal (CAT), Diploma Perdagangan, Diploma Kejuruteraan Automotif, Diploma Kejuruteraan Mekanikal, Diploma Kejuruteraan Elektronik, Diploma Seni Kulinari dan Cambridge A-Level.

Antara yang turut menerima Anugerah CEO ialah Pelajar GCE A-Level Science Aastik Malhotra dan penerima Anugerah Pengetua pula pelajar Diploma Kejuruteraan Mekanikal Moi Shaw Hui.

Manakala Anugerah Terbaik Akademik turut disampaikan kepada graduan yang mencapai keputusan terbaik bagi jurusan masing-masing.

Mereka ialah Aastik Malhotra (Cambridge GCE A-Level Science), Then Hua Wui dan Lily Ngieng Kai Li (Sijil Akaun Teknikal), Kiu Kwong Siang, Chong Kian Lun dan Chang Wen San (Diploma Perdagangan), Teh Khai Yuen dan Hwong Siaw Chin (Diploma Kejuruteraan Automotif), Moi Shaw Hui dan Jimmy Kho (Diploma Kejuruteraan Mekanikal), Tie Sing Kong dan Johnson Wong (Diploma Kejuruteraan Elektronik).

Bagi Anugerah Pelajar Cemerlang untuk Diploma Kemahiran Malaysia (DKM) dalam Seni Kulinari pula ialah Arnold Darrel dan Jong Khen Kee.

Anugerah Pelajar Cemerlang untuk Diploma Kemahiran Malaysia (DKM) dalam Eksekutif Automotif pula ialah Jeremiah Tan, Wong Teck Chai, Phang King Siang, Wong Vui Shiang, Valentine Chin dan Ling Teck Fong.

Bagi Gold Award untuk Pertandingan Memasak Antarabangsa Taiwan, penerimanya ialah Leu Kien Chung, Wong Ing Chai, Jong Khen Kee, Wong Ngei Yuong dan Chai Soung Yong.

Penerima Cambridge Book Awards pula ialah Amanda Liaw Li Qi dan Lee Jia Hong manakala penerima Cambridge Brilliant Award ialah Terence Then.

Penerima City & Guilds Book Awards ialah Darren Bong, Chai Wan Yan, Lim Yew Yung, Fong Wei Zhong, Joshua Lee, Heng Der Zhan, Dione Tay Yiing dan Ting Su Hao.

Sementara itu, menurut Pengerusi Bersama RIT dan Riam Road Secondary School (RRSS) Tan Sri Datuk Jimmy Lau Hieng Wui, golongan belia di sini amat beruntung kerana mempunyai institusi seperti RIT yang menawarkan kursus berkualti dan yuran pengajian yang berpatutan.

“Para pelajar tidak perlu membayar kos yang tinggi untuk mendapatkan pendidikan di luar negara, kerana RIT menyediakan kursus terbaik dan berkualiti setaraf dengan negara luar.

“Bahkan RIT menyasarkan graduan yang berkaliber dan menyumbang sesuatu kepada komuniti dan negara,” katanya.

Jelas beliau, para graduan terbabit telah memiliki kelulusan berguna yang akan menjanjikan peluang pekerjaan terbaik dan usaha yang dilakukan membuahkan hasil lumayan.

Sehubungan itu katanya, bagi mempertingkatkan kualiti pendidikan, RIT turut menjalin kerjasama baik dengan kerajaan dan universiti tempatan.

Antaranya ialah memorandum persefahaman (MoU)  bersama Universiti Malaysia Sabah untuk program Master in Oil & Gas dan MoU bersama Berjaya University Kuala Lumpur dalam mengendalikan program Ijazah Pengurusan Perniagaan.

Turut hadir Pengerusi Bersama RIT Dato Sri Law Kiu Kiong dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) RIT Dr Fong Onn Min.

Advertisement