Anda di sini

Treler terbabas, muatan susu tin bertaburan

Advertisement

BERTABURAN: Mutalib (kanan) bersama seorang anggotanya melakukan pemeriksaan ke atas treler yang terbabit dalam kemalangan di Batu 13 Jalan Sibu-Bintulu, petang kelmarin.

SIBU: Seorang lelaki berumur 35 tahun nyaris maut selepas treler yang dipandunya terbabas di satu selekoh di Batu 13 JalanSibu-Bintulu, petang kelmarin.

Difahamkan, treler yang mambawa muatan bekalan susu tin tersebut sedang dalam perjalanan dari Sibu ke Bintulu apabila ia gagal dikawal sebelum terbabas di selekoh berkenaan pada jam 6.30 petang.

Pemandu terbabit dikatakan tercampak keluar menyebabkan cermin hadapan treler tersebut pecah.

Keadaan di jalan raya turut dipenuhi dengan tin susu yang bertaburan.

Pihak Jabatan Bomba dan Penyelamat yang menerima panggilan kecemasan pada 6.30 petang mengerahkan pasukannya untuk pergi ke tempat kejadian.

Ketika ditanya pihak bomba, pemandu treler memberitahu bahawa dia kurang pasti sama ada kelindan ada bersamanya menyebabkan mereka bimbang kemungkinan kelindannya berada di bawah timbunan tin susu.

Setelah menunggu sehingga 8.30 malam, Ketua Balai Bomba Sentral Abdul Mutalib mengesahkan pemandu treler tersebut hanya berseorangan.

Treler tersebut dimiliki oleh sebuah syarikat di Bintulu.

Bagaimanapun, pemandu treler tersebut terpaksa dimasukkan ke wad selepas mengalami kecederaan di bahagian dada dan kepala.

Advertisement