Anda di sini

Peragut cedera dibelasah

Advertisement

TUMPAS: Suspek diiringi beberapa anggota polis tiba di HUS untuk menerima rawatan sebelum dibawa ke Balai Polis untuk tindakan lanjut.

Suspek cabar orang awam selepas gagal meragut wanita

Oleh Jeremy Lanson //

KUCHING: Padah menimpa seorang lelaki apabila dia bukan sahaja berputih mata, malah turut dibelasah orang awam selepas dikatakan cuba meragut seorang wanita di hadapan sebuah restoran, malam kelmarin.

Menurut sumber, suspek berusia 19 tahun dan berasal dari Kampung Sampat, Sebangan itu terdahulunya dilihat berkeliaran di sekitar restoran berkenaan yang terletak di Batu 4, Jalan Penrissen di sini.

“Sekitar jam 7.40 malam, suspek kemudian dikatakan cuba meragut beg tangan seorang pengunjung restoran berkenaan, tetapi tindakannya itu hanya mengundang padah apabila dia berjaya ditangkap oleh beberapa awam di tempat kejadian.

“Suspek yang bertindak agresif semasa ditahan kemudian dikatakan dibelasah apabila dia dikatakan turut mencabar orang awam di tempat kejadian,” kata sumber.

Suspek kemudian diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut, sementara laporan polis berhubung kejadian juga telah dibuat oleh mangsa.

Berikutan kecederaan yang dialaminya, suspek telah dibawa ke Hospital Umum Sarawak (HUS) untuk rawatan lanjut.

Advertisement