Anda di sini

Nenek hilang dalam hutan ditemui lemah

Advertisement

LUBOK ANTU:  Seorang nenek yang dilaporkan hilang di hutan berdekatan kawasan Rumah Panjang Empelam, Lubok Antu sejak 25 Jun lalu berjaya dijumpai semula, kelmarin.

Ketua Polis Daerah Lubok Antu DSP James Johnathan berkata, wanita berusia 80 tahun itu ditemui semula pada jam 3.30 petang kelmarin dalam keadaan lemah di kawasan hutan berdekatan rumah panjang tersebut.

Menurut James, nenek itu keluar dari rumah panjangnya untuk mencari buah asam payak sekitar jam 9 pagi 25 Jun lepas.

“Tetapi dia tidak pulang ke rumah dan ini memaksa keluarganya tampil membuat laporan di balai polis di sini sekitar jam 6.55 malam pada 26 Jun,” kata beliau.

Sebaik sahaja menerima laporan polis itu, seramai 10 anggota dari Ibu Pejabat Polis Daerah Lubok Antu, tiga ekor anjing pengesan polis dan empat anggota bomba bergegas ke hutan kawasan Empelam untuk mencari mangsa berkenaan.

Advertisement