Anda di sini

Kejar penceroboh dengan tukul

Advertisement

SIBU: Tiga pencuri lari lintang-pukang selepas cubaan mereka memecah masuk sebuah rumah fl at di Jalan Tiong Hua di sini berakhir dengan dikejar seorang wanita membawa tukul, pagi semalam.

Terdahulu, wanita terbabit yang hanya dikenali sebagai Jacquelin, 23, terjaga dari tidur selepas terdengar bunyi bising di luar pintu rumah sewanya pada jam 10.30 pagi.

Insiden tersebut mengimbau kembali kejadian pecah masuk rumahnya pada Mei lepas yang menyebabkan dia kehilangan komputer riba.

Percaya pada nalurinya, Jacquelin secara perlahanlahan mengintai melalui lubang pintu dan terkejut apabila ternampak seorang lelaki cuba mengumpil pintu dan pagar besi rumah sewanya.

Beliau yang bekerja sebagai pembantu kedai buku kemudian bergegas ke bilik tidurnya untuk mengambil tukul sebelum bersembunyi di bilik sebelah.

Apabila lelaki tersebut melangkah masuk ke rumahnya, dia terus menjerit sekuat hati sambil mengangkat tukul, sekali gus memaksa suspek cabut lari bersama seorang rakannya yang menunggu di tangga.

Suspek ketiga yang menunggu di dalam sebuah kereta Kancil di situ bagaimanapun tidak sempat lari dan terpaksa berdepan Jacquelin.

Katanya, lelaki tersebut merayu agar dia tidak menghubungi polis dan selepas berunding, dia turut melarikan diri dan meninggalkan kereta berkenaan di situ.

Siasatan awal polis mendapati kereta Kancil tersebut telah dilaporkan hilang di Sibu Jaya petang kelmarin.

Jacquelin berkata, dia baharu sahaja berpindah dari Sri Aman pada Februari lalu.

 

Advertisement