Anda di sini

‘Chicarito’ uji bos baharu

Advertisement

Van Gaal akan saksikan kemampuan penyerang itu pada perlawanan 16 terakhir di antara Belanda dan Mexico

FORT A L E Z A , Brazil: Selepas menamatkan kemarau gol dalam 11 perlawanan antarabangsa berturutturut, Javier Hernandez dari Manchester United mahu menyingkirkan pengurus baharu kelabnya Louis van Gaal apabila Mexico bertemu dengan Belanda pada peringkat 16 terakhir Piala Dunia.

“Sepanjang tahun ini sangat sukar. Pemain memerlukan keyakinan lebih daripada perkara lain dan keyakinan saya sangat rendah sekali. Begitu sedikit sekali orang yang telah menunjukkan kepercayaan kepada saya sejak setahun ini,” kata pemain berusia 26 tahun itu mengenai kemarau golnya selama setahun lebih untuk Mexico.

Hernandez, yang dikenali sebagai ‘Chicharito’ (Kacang Kecil), menangis selepas dia menanduk masuk gol ketiga pasukannya dalam kemenangan 3-1 ke atas Croatia pada awal pagi Selasa lepas yang mengesahkan tempat mereka pada peringkat kalah mati dalam kejohanan Piala Dunia keenam berturut-turut.

Tahun yang sukar tersebut telah menyaksikan beberapa laporan yang menyebut Hernandez mungkin akan meninggalkan kelabnya di England, Manchester United, yang akan diambil alih oleh van Gaal, jurulatih Belanda, selepas Piala Dunia.

“Kami perlu sentiasa tenang sekali, rendah hati sekali dan tidak terbawa-bawa,” kata Hernandez.

Kemenangan ke atas Belanda akan menandingi pencapaian terbaik Mexico setakat ini di kejohanan Piala Dunia apabila mereka mara ke peringkat lapan terakhir di tanah air sendiri pada 1970 dan 1986.

Bagaimanapun pemain tengah Wesley Sneijder menegaskan memori mengenai permulaan cemerlang yang sama di Kejohanan Eropah 2008 sebelum kekalahan mengejut kepada Rusia akan memastikan mereka tidak akan terbawa-bawa.

“Pemain-pemain yang lebih dewasa masih mengingati Euro 2008,” kata pemain tengah Galatasaray itu.

Sneijder berkata dia, Arjen Robben dan Robin Van Persie “telah memastikan pada minggu untuk memberi amaran kepada rakan-rakan sepasukan yang muda”.

Van Gaal membidas pengkritik stail serangan balas pasukannya ekoran kemenangan 2-0 ke atas Chile tetapi mungkin terpaksa menukar formasi 5-3-2 yang digunakannya untuk memulakan kejohanan ekoran kecederaan yang dialami.

Ketiadaan Martins Indi bermakna Dirk Kuyt memulakan perlawanan pada posisi sayap pertahanan kiri yang tidak biasa bagi dirinya ketika menentang Chile tetapi bekas penyerang Liverpool itu bersedia untuk berbuat demikian sekali lagi bagi mengekalkan tempatnya dalam pasukan.

“Saya terkejut apabila jurulatih meletakkan saya di posisi pertahanan kiri ketika menentang Chile tetapi saya percaya saya bermain dengan baik.” — AFP

Advertisement