Anda di sini

150 anggota pengakap KLKM terima anugerah BP, Manikayu

Advertisement

GEORGE TOWN: Sebanyak 150 anggota pengakap Kumpulan Latihan Kelanasiswa Malaysia (KLKM) semalam menerima anugerah Baden Powel (BP) dan Manikayu.

Ketua Pengakap Negara, Tan Sri Dr Shafie Mohd Salleh berkata anugerah BP dan Manikayu adalah sesuatu yang berprestij bagi dunia pengakap serta diiktiraf di peringkat kebangsaan dan antarabangsa.

“Anugerah yang diberikan kepada 150 anggota pengakap daripada 20 institusi pengajian tinggi awam dan swasta (IPT) seluruh Malaysia itu adalah simbolik penamatan kursus KLKM yang diikuti oleh pelajar selama dua tahun di IPT masing-masing.

“Apa yang menarik majlis penganugerahan hari ini (semalam) adalah kali pertama diadakan di peringkat kebangsaan,” katanya semasa berucap pada majlis penganugerah BP dan Manikayu peringkat kebangsaan di sini semalam. — Bernama

Advertisement