Anda di sini

Operasi bersepadu banteras seludup diesel subsidi bermula bulan depan

Advertisement

KUCHING: Pembante­rasan penyeludupan diesel bersubsidi terus menda­pat perhatian daripada agensi kerajaan dengan operasi bersepadu akan dijalankan oleh Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Kepeng­gunaan dan Koperasi (KP­DNKK).

Ketua Penguat Kuasa Maritim Daerah Maritim Kuching (DM11) Ko­mander Maritim Hariani Mahmod berkata, operasi yang bermula bulan de­pan menyaksikan APMM diperkuatkan dengan tiga aset dan 20 anggota untuk menjalankan operasi terse­but di perairan negeri ini.

“Kita akan memberi tumpuan kepada penye­ludupan diesel bersubsidi di perairan negeri ini. Sebanyak tiga buah aset dan 15 hingga 20 anggota terlibat dalam operasi ini,” katanya pada sidang media di sini, semalam.

Menurutnya, setakat ini belum ada sebarang tangkapan dibuat APMM Sarawak terhadap kegia­tan penyeludupan diesel bersubsidi.

“Tahun ini (setakat Jun) belum ada tangkapan dibuat, manakala terdapat dua kes penyeludupan diesel bersubsidi dikesan tahun lepas,” ujarnya.

Mengulas mengenai operasi Pos Maritim di kawasan Tanjung Datu, beliau berkata, ia akan memulakan operasi pertengahan Julai ini.

“Ia merupakan antara usaha kita untuk meman­tau dan mengawal perairan sekitar Tanjung Datu,” jelasnya.

Tambahnya, pos kecil itu akan menempatkan anggota tetap, manaka­la bot diletakkan secara mingguan.

“Kita mendapat ker­jasama daripada Harwood Timber Sdn Bhd untuk mewujudkan pos ini,” katanya lagi.

 

Advertisement