Anda di sini

LKTF beri peluang belia, ibu menjana pendapatan

Advertisement

MUKAH: Latihan Kemahiran Tidak Formal (LKTF) memberi peluang khasnya kepada belia dan kaum ibu untuk menjana pendapatan sampingan, kata Pegawai Belia dan Sukan Bahagian Mukah Abdul Zamri Randin.

Zamri berkata, LKTF bertujuan memberi kemahiran asas kepada golongan sasaran memajukan diri mereka.

“Program LKTF ini memberi kemahiran asas kepada belia dan kaum ibu (suri rumah) untuk meningkatkan pendapatan keluarga.

“Melalui program ini, kita yakin mereka akan lebih mahir dalam bidang-bidang berkaitan sekali gus memajukan diri mereka sendiri,” katanya ketika ditemui semalam.

Program LKTF anjuran Pejabat Belia dan Sukan dengan kerjasama PPKS Mukah yang diadakan di Pusat Pembangunan Kemahiran Sarawak (PPKS) Mukah itu melibatkan seramai 25 peserta.

Sementara itu, Zamri memberitahu LKTF juga alternatif kepada belia yang tidak berpeluang memasuki institusi-instutusi kemahiran tahap tinggi.

“Jika mereka mengikuti program ini, sekurang-kurangnya mereka tahu dan mahir dalam kemahiran-kemahiran asas dalam bidang yang mereka pelajari.

“Sehubungan itu, jika mereka ingin melanjutkan dan mempelajari kemahiran ke peringkat yang lebih tinggi, mereka sudah mempunyai asas yang baik,” jelasnya.

Turut hadir Pemangku Pengarah PPKS Mukah Zainal Abidin Ahmad.

Advertisement