Anda di sini

13 batang kayu belian milik SESCo lesap dicuri

Advertisement

SIBU: Sebanyak 13 batang tiang kayu belian untuk menggantung wayar talian rendah milik SESCo diper­cayai dipotong dan dicuri, Rabu lepas.

Kejadian tersebut disedari oleh seorang pengadu, 36, selepas dia dimaklumkan oleh orang awam bahawa be­berapa tiang kayu belian yang terletak di Jalan King Seng (berdekatan tokong Cina) di Jalan Oya Lama hilang pada jam 8.25 pagi hari tersebut.

Pengadu kemudian bersama rakan sekerjanya pergi ke tem­pat kejadian dan mendapati 13 batang kayu belian tersebut sudah lesap. Anggaran keru­gian sebanyak RM20,000.

Pengadu kemudian pergi ke balai polis untuk membuat laporan dan usaha untuk mengesan suspek sedang dilakukan.

Kes disiasat mengikut Sek­syen 370 Kanun Keseksaan.

 

Advertisement