Anda di sini

Zaccheroni letak jawatan

Advertisement

 TOKYO, Jepun: Kepimpinan bola sepak Jepun mengalih perhatian mereka semalam kepada usaha memburu ju­rulatih baharu selepas Alberto Zaccheroni meletak jawatan ekoran kegagalan untuk me­menangi sebarang perlawanan di Piala Dunia, dan laporan media membayangkan bekas ketua Mexico Javier Aguirre ada dalam senarai calon.

Persatuan Bola Sepak Jepun (JFA) sudah memulakan rundingan dengan veteran Mexico itu yang membimb­ing negaranya ke peringkat 16 terakhir sebanyak dua kali pada 2002 dan 2010, kata akhbar Sports Nippon dalam edisi atas taliannya.

Jepun pergi ke Brazil penuh dengan keyakinan ekoran kempen kelayakan yang mu­dah, dengan ramalan mereka akan mara ke peringkat suku akhir malah penyerang tong­gak mereka Keisuke Honda telah membuat kenyataan ba­hawa pasukan ‘Blue Samurai’ dapat memenangi kejohanan sekarang.

Namun juara Asia itu se­benarnya tidak pernah mem­berikan cabaran dan kepu­tusan terbaik mereka adalah keputusan seri 0-0 yang hambar dengan Greece.

Tidak sampai 24 jam selepas dibelasah 4-1 oleh Colombia, Zaccheroni meletak jawatan dan melabuhkan tirai ke atas pengurusannya selama empat tahun.

Sports Nippon berkata walaupun gagal di Brazil, pas­ukan negara perlu mengekal­kan laluan yang telah dibuka oleh pakar taktik dari Itali itu, yang menekankan kepantasan dan kesungguhan, dan men­cari pengganti dengan stail yang sama.

Aguirre, 55, memiliki karier yang lama sebagai jurulatih di Eropah, khususnya di Sepa­nyol, dengan mengarahkan kelab seperti RCD Espanyol, CA Osasuna dan Atletico Madrid.

“Pengarah Eksekutif JFA (Hiromi) Hara, yang akan mengetuai usaha untuk memi­lih pengganti, amat menyukai bola sepak di Sepanyol, yang menjadikan Aguirre seorang calon yang sempurna,” kata Sports Nippon.

Sementara itu The Daily Sports Online melaporkan Jepun sudah berhubung den­gan Jose Pekerman, jurulatih pasukan kebangsaan Colum­bia, yang telah membelasah pasukan mereka awal pagi Rabu lepas di Cuiaba.

Zaccheroni, 61, mengu­mumkan perletakannya pada Rabu lepas dan berkata dia memikul “tanggungjawab sepenuhnya” bagi peny­ingkiran juara Asia itu dari Brazil tanpa sebarang keme­nangan.

Kontraknya dijadual luput selepas kejohanan tetapi per­letakannya bermakna Jepun perlu mendapatkan jurulatih baharu dengan cepat sebelum mereka mempertahankan kejuaraan Piala Asia pada Januari tahun depan.

Pemergian Zaccheroni se­lepas Brazil 2014 dilihat ramai sebagai kesudahan yang sudah dijangkakan. — AFP

Advertisement