Anda di sini

Saya banyak berubah di Wolfsburg

Advertisement

 TERESPOLIS, Brazil: Pe­main tengah Luiz Gustavo, yang merupakan salah seorang pemain bintang Brazil di Piala Dunia, berkata Rabu lepas bahawa meninggalkan kelab gergasi Jerman Bayern Mu­nich dan berhijrah ke Wolfs­burg adalah “satu lengkung pembelajaran”.

“Banyak perkara bagus berlaku di Bayern yang saya ingati, selain beberapa perkara buruk yang memaksa saya untuk belajar dan berubah,” kata pemain berusia 26 tahun itu di satu sidang akhbar di pusat latihan Brazil di Ter­esopolis.

“Meninggalkan kelab itu bukan waktu yang mudah tetapi ia adalah permulaan satu lengkung pembelajaran dan saya telah muncul dari­padanya dengan jauh lebih mantap.”

Luiz Gustavo tiba di Bayern dari sebuah lagi kelab Bundes­liga, Hoffenheim pada Januari 2011 dan menikmati tempoh dua setengah tahun yang ber­jaya di Bavaria, yang berkesu­dahan dengan kejuaraan Liga Juara-Juara pada 2013.

Pada musim panas lalu, apa­bila Pep Guardiola menggan­tikan Jupp Heynckes sebagai jurulatih di Allianz Arena, dia dibenarkan untuk meninggal­kan kelab dan menyertai juara Jerman 2009 Wolfsburg.

“Setiap orang ada pendapat masing-masing,” katanya mengenai keputusan Guar­diola untuk melepaskannya. “Namun saya sangat gembira pada hari ini.”

Selepas memulakan kes­emua perlawanan Brazil di Piala Dunia setakat ini, Luiz Gustavo sekali lagi dijangka akan memainkan peranan penting dalam pasukan Luiz Felipe Scolari dalam perla­wanan menentang Chile pada peringkat 16 terakhir di Belo Horizonte pada awal pagi Ahad ini.

Bagaimanapun ia masih belum diketahui siapa yang akan bermain di sisinya di bahagian tengah di stadium Mineirao.

Paulinho memulakan keti­ga-tiga perlawanan Brazil dalam Kumpulan A dan Sco­lari menyatakan dia ada “ke­percayaan yang buta” kepada pemain Tottenham Hotspur itu sebelum kemenangan 4-1 pada awal pagi Selasa lepas ke atas Cameroon di Brasilia.

Bagaimanapun prestas­inya telah dikritik oleh media Brazil dan Fern­andinho bermain den­gan baik selepas menggantikannya pada waktu rehat ke­tika me­en­tang Cam­eroon.

Pemain Machester City itu menyer­lah serta-merta, malah mem­bantu mer­ancang satu gol sebelum menjaringkan satu lagi gol di akhir per­lawanan, dan kini pasti berharap akan di­pilih untuk membarisi kesebelasan utama bagi me­nentang Chile.

Lui z Gus ­tavo menam­bah: “Bagi saya ia tidak penting (siapa bermain) kerana saya perlu melakukan akan yang disuruh oleh ju­rulatih dan pemain lain juga begitu.” — AFP

Advertisement