Anda di sini

Prestasi Griezmann semakin meningkat

Advertisement

 RIO DE JANEIRO, Brazil: Perancis mungkin telah gagal untuk menemui jaringan dalam keputusan seri 0-0 dengan Ecuador pada awal pagi semalam (Khamis) tetapi perlawanan itu memberi bukti lanjut tentang kepentingan Antoine Griezmann yang semakin meningkat kepada pasukan kebangsaannya.

Biasanya menyerang di se­belah kiri dalam formasi 4-3-3 Didier Deschamps, penyerang Real Sociedad itu dibenarkan untuk berkeliaran di hadapan barisan hadapan dan nyaris memecah kebuntuan dengan satu rembatan voley yang di­tolak oleh penjaga gol Ecuador Alexander Dominguez.

Kecederaan kepada Franck Ribery telah membuka pintu kepada Griezmann di Piala Dunia tetapi dia telah meny­uarakan rasa tidak senang hati apabila dibandingkan dengan bintang Bayern Munich itu dan persembahannya di Maracana, mengetengahkan kelainannya sebagai seorang pemain.

Dia juga bersedia untuk mengosongkan posisi sayap­nya, malah meninggalkan sebelah kiri padang kepada pemain pertahanan kiri Lucas Digne ketika menentang Ec­uador dan bergerak ke tengah padang untuk mencari peluang bergandingan dengan peny­erang Karim Benzema.

Permainan gandingannya yang sengaja namun rumit membantu memudahkan per­mainan satu sentuhan yang telah menjadi batu penjuru permainan serangan Perancis di kejohanan ini. — AFP

Advertisement