Anda di sini

PLS Interhill memfokuskan isu pendidikan anak yatim, anak kurang berkemampuan

Advertisement

MIRI: Projek Lepas Sekolah (PLS) Interhill pada tahun ini masih lagi memfokuskan isu pendidikan di kalangan anak-anak yatim dan anak-anak daripada keluarga kurang berkemampuan.

Menurut Pengurus Komunikasi Korporat Kumpulan Interhill (Interhill) Agnes Nyelang, pihaknya masih mahu mempertingkatkan usaha menyediakan persekitaran pembelajaran yang lebih baik kepada golongan dimaksudkan.

“Saya percaya masih ramai para sukarelawan di sana ingin menyumbang sesuatu kepada golongan kanak-kanak yang memerlukan bantuan dalam bidang pendidikan,” katanya kepada Utusan Borneo semalam.

Oleh itu, pihaknya ber-usaha menyediakan wadah untuk yang berminat ter-utama mereka mempunyai latar belakang dalam bidang pendidikan dan berkaitan.

“Kami jemput sesiapa yang berminat untuk menjadi mentor dalam sesi percubaan pada Sabtu (28 Jun) ini,” jelasnya.

Ia bakal dilangsung di Kompleks Kebajikan Hamidah Yakup dan dibahagikan kepada dua sesi iaitu 9 pagi dan 1 petang.

Mereka yang berminat menurut Agnes boleh memilih antara satu sesi dan bakal bermula dengan pihak PLS berpengalaman daripada industri pendidikan diikuti meluangkan masa dengan anak-anak terbabit.

PLS adalah anjuran Kelab Pekerja Interhill dan diper-kasakan oleh Kumpulan Interhill yang menawarkan inisiatif suasana pembelajaran yang lebih baik kepada anak-anak yang memerlukan.

Tiada yuran dikenakan manakala pendaftaran hanya dibuat di laman sesawang beralamat di www.afterschoolproject.com

Untuk maklumat lanjut, sesiapa yang berminat boleh menghubungi Agnes sendiri di talian 085-412318 atau e-mel ke [email protected]

Advertisement