Anda di sini

KDN tidak tolak kemungkinan cubaan aktifkan kumpulan pengganas Sulu

Advertisement

PETALING JAYA: Kementerian Dalam Negeri tidak menolak kemungkinan kekerapan kes penculikan yang terjadi di timur Sabah merupakanrancangan tokoh tertentu di selatan Filipina mengaktifkan kembali kumpulan pengganas Sulu.

Beliau berkata setelah anggota militan itu berkurangan susulan digempur pasukan keselamatan Malaysia selepas menceroboh Lahad Datu, Sabah  sebelum ini, mungkin penculikan telah dijadikan aktiviti terbaharu bagi membiayai kegiatan kumpulan itu.

“Saya fikir ada tokoh tertentu di selatan Filipina yang cuba menghidupkan pasukan pengganas Sulu yang berkurangan, namun kita mempunyai kerjasama baik dengan pasukan keselamatan Filipina untuk memastikan tiada kebangkitan semula kumpulan pengganas ini,” katanya.

Beliau mengulas tentang kemungkinan wujudnya dalang yang cuba menghidupkan kembali kumpulan itu selepas penahanan enam individu, termasuk seorang wanita,disyaki pengganas Sulu di sekitar daerah Kunak, Sabah kelmarin.

Bercakap kepada pemberita selepas menyaksikan pelancaran I-CARD untuk pelajar antarabangsa oleh Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin di sini semalam, Ahmad Zahid berkata penahanan itu bukan satu langkah jangka pendek, malah senarai mereka yang disyaki sebenarnya lebih ramai daripada yang diumumkan.

Katanya jika operasi pembendungan tidak dilakukan sekarang, beliau khuatir mereka yang berkenaan akan menggunakan pendekatan tertentu, antaranya menculikmangsa baharu bukan sahaja untuk membiayai aktiviti kumpulan itu tetapi lebihberat ia dipercayai untuk melakukan beberapa aktiviti yang akan mendatangkan  kesan tidak baik kepada negara.

“Pemantauan telah dilakukan, manakala pihak polis sedang menjejaki serta memburu senarai yang disyaki, dan masyarakat akan diberitahu sebarangperkembangannya berhubung apa yang dilakukan pasukan polis,” kata Ahmad Zahid.

Selain wanita, Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar dalam kenyataannya kelmarin berkata seorang anggota polis berpangkat koperal turut ditahan dalam satu operasi khas oleh Cawangan Khas Bukit Aman dan Kawasan

Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCom) itu.

Menurut beliau, kesemua mereka ditahan di bawah Seksyen 124 (C) Kanun Keseksaan dan akan disiasat di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-LangkahKhas) 2012 (SOSMA). — Bernama

Advertisement