Anda di sini

Kaki hampir putus dihempap dinding

Advertisement

PARAH: Mangsa semasa tiba di HUS untuk mendapatkan rawatan semalam.

KUCHING: Seorang kontraktor hampir terputus kedua-dua kakinya apabila dinding simen sebuah rumah yang dalam proses pengubahsuaian runtuh lalu menghempap kakinya.

Menurut sumber, semasa kejadian kontraktor tersebut yang berusia 45 tahun bersama rakannya sedang melakukan kerja-kerja pengubahsuaian pada rumah berkenaan yang terletak di Tabuan Jaya sekitar jam 10 pagi semalam.

Bagaimanapun, difahamkan terdapat satu bahagian dinding rumah berkenaan yang telah rosak dan ditahan menggunakan kayu oleh pemilik rumah tersebut untuk mengelakkannya runtuh.

“Mangsa dikatakan tidak mengetahui perkara tersebut lalu dia mengalihkan kayu berkenaan menyebabkan dinding tersebut runtuh dan menghempap kedua-dua kakinya.

“Ekoran itu, kedua-dua kaki mangsa parah dan dia kemudian dikejarkan ke Hospital Umum Sarawak (HUS) oleh rakannya untuk mendapatkan rawatan,” kata sumber.

Sehingga berita ini ditulis semalam, mangsa dilaporkan stabil dan masih menerima rawatan di HUS.

 

Advertisement