Anda di sini

Fred, Neymar ‘praktik’ cara menggigit lawan

Advertisement

TERESPOLIS, Brazil: Dua penyerang Brazil Fred dan Neymar mengambil contoh daripada Luis Suarez pada Rabu lepas dengan berpura-pura untuk menggigit rakan-rakan sepasukan Marcelo dan Dani Alves ketika men­gadakan latihan.

Kedua-dua pemain melaku­kan sedikit kerja bodoh yang tidak serius sehari selepas Suarez, penyerang Uruguay, mencetuskan kontroversi apabila dia kelihatan seperti menggigit bahu pemain Itali Giorgio Chiellini.

Suarez pada Rabu lepas menunggu untuk melihat jenis hukuman yang akan dikenakan oleh FIFA ke atasnya di atas kesala­hannya itu.

Namun pasukan Brazil mampu untuk melihat sisi lucu berkenaan ketika mereka ber­siap sedia untuk perlawanan pusingan kedua menentang Chile pada jam 12.00 tengah malam Ahad 29 Julai (waktu Malaysia).

FIFA telah melancarkan satu siasatan ke atas bintang Liverpool itu.

“Saya melihat apa yang berlaku – semua orang meli­hatnya,” kata pemain tengah Brazil, Willian.

“Namun ia bukan bagi saya atau pasukan untuk mem­berikan penghakiman. Kami perlu terus memberi tumpuan kepada tugasan yang bakal dihadapi dan tidak diganggu oleh perkara yang tidak be­gitu penting.” — AFP

Advertisement