Anda di sini

Ervin Lim bantu Sarawak juarai boling Milo

Advertisement

 KUCHING: Ervin Lim Wai Mun membuktikan kehe­batan apabila membantu Sarawak muncul johan Sirkit Remaja Tenpin Boling Spor­texcel-NSC-Milo-MTBC kategori remaja lelaki yang berlangsung di CPS Bowl Kota Kinabalu, Sabah baru-baru ini.

Atlet dari Miri itu yang sekadar bergelar naib johan pada tahun lepas melayakkan diri ke perlawanan akhir kate­gori tersebut sebagai pilihan pertama dengan melakukan jatuhan pin sebanyak 2,514.

Beliau menewaskan rakan sepasukan Mohd Uzair Irysad Noorazrul 222-175 dalam pu­singan akhir ‘step-ladder.’

Uzair yang juga pilihan keti­ga sebelumnya mengetepikan pencabar dari Sabah, Sush­anor Sihanor dengan 192-167 dalam aksi separuh akhir.

Berada di kedudukan keempat hingga keenam ialah Mohd Amir Syafiq Rozlan (Sabah), Razif Safini (Sarawak) dan Mohd Azmeel Wasli (Sabah).

Sarawak turut muncul juara acara Boys Graded menerusi Alistair Ting Lik Yung yang menewaskan Nevern Netanel Marcellinus dari Sabah den­gan 175-158 dalam aksi akhir ‘step ladder.’

Tempat keempat hingga keenam dirangkul Abner Loo Chun Lik, Sushil Pubalan dan Syazwan Hakim Sanin, kes­emuanya dari Sarawak.

Sementara itu, Sabah men­guasai acara Terbuka dan Graded Perempuan yang dimenangi Kristie Ellie Jauw Shian Huei dan Caroline Chua.

Kristie menempah slot ke final selaku pilihan pertama bagaimanapun diberi tentan­gan sengit wakil Sarawak Nur Safiqah Sajeli sebelum melakar kemenangan 211-164 dalam saingan akhir.

Manakala peserta dari Sarawak Jocelyna Judith Jonathan, Jacelyn Ng Shuh Wun dan Nur Aina Kamal­lia menduduki tempat ke-4 hingga ke-6.

Dalam acara Girls Graded, Sabah menunjukkan pengua­saan sebenar menerusi Caro­line yang menewaskan Siti Nur Aisyah Safar 204-172.

Nurul Ayunni Junaidi mer­aih tempat ketiga setelah tewas di tangan Nur Aisyah 184-201 dalam aksi separuh akhir.

Aksi remaja lelaki bawah 12 tahun menyaksikan pe­serta Sabah Mohd Zulhilmey Zulkiplee muncul johan den­gan melakukan jatuhan pin sebanyak 1,796.

Muhd Nur Syafiq Mohd Amran dari Sarawak di tempat kedua sementara Nabil Aiman Mantaib (Sabah) tempat ketiga.

Acara perempuan bawah 12 tahun pula milik pe­serta Sarawak Dayang Yumi Azreen Abang Azman dengan 1,551 jatuhan pin diikuti Intan Qistina Tamring dari Sabah dan Asya Dania Azree dari Sarawak.

Rasya Aleeya Zainuddin, Nur Haziqah Ranli dan Nur Hazirah Ramli masing-mas­ing menduduki tempat keem­pat hingga keenam.

Kesemua peserta akan ber­saing semula pada Sirkit Sarawak yang akan diadakan di Crystal Bowl pada 7-8 Ogos depan untuk memburu slot ke perlawanan akhir yang dijangka diadakan pada tahun ini juga.

Advertisement