Anda di sini

Chickalof FC juara FIFA World Cup Miri 2014

Advertisement

 MIRI: Pasukan Chickalof FC yang ‘mewakili’ negara Portugal dinobatkan sebagai juara keseluruhan FIFA World Cup Miri 2014 anjuran My Team Sports Centre.

Juara membawa pulang se­buah replika trofi Piala Dunia 2014 tajaan My Team Sports Centre, wang tunai RM1,800 berserta medal.

Tempat kedua pula dime­nangi oleh pasukan Jaba­tan Pengangkutan Jalan yang ‘mewakili’ negara Cote d’lvoire, manakala pasukan Sg. Tea Team ‘mewakili’ Colombia di tempat ketiga.

Mereka ma s ing-ma s ­ing menerima wang tunai RM1,500 dan RM1,000, rep­lika trofi Piala Dunia 2014 tajaan My Team Sports Centre berserta medal.

Romueldo Tadong dari pasukan Sg. Tea Team yang ‘mewakili’ negara Colombia pula dianugerahkan sebagai penjaring gol terbanyak dengan sembilan gol.

Pengerusi penganjur Alai Liaw berkata, kesemua pasu­kan yang terlibat mempunyai kehebatan sendiri dan ker­jasama yang diberikan turut memastikan acara berkenaan berjalan lancar.

“Berdasarkan pandangan serta pendapat saya mengenai sukan bola sepak atau futsal di sini, hampir 80 peratus pemain bola sepak gemar bermain futsal, manakala hanya 40 peratus pemain fut­sal berminat bermain bola sepak.

“Diharapkan pada masa akan datang, pemain futsal cenderung untuk terlibat dalam kedua-dua sukan (futsal dan bola sepak) kerana saya yakin dengan bermain bola sepak, ia secara langsung membantu dalam mening­katkan kemahiran dalam bermain futsal,” jelasnya.

Beliau turut menggalakkan para peserta dan penggemar bola sepak terus melibatkan diri dalam sukan tersebut sebagai usaha membantu meningkatkan minat masyar­akat khususnya golongan belia terhadap sukan bola sepak di sini.

Sementara itu, antara ob­jektif penganjuran kejohanan itu yang bermula April lalu adalah bagi memeriahkan Piala Dunia Brazil 2014.

“Kejohanan ini adalah un­tuk membuka ruang kepada masyarakat di sini bagi ber­sama merasai suasana Piala Dunia Brazil 2014, selain memberi peluang kepada golongan belia menunjukkan serta mengasah bakat mas­ing-masing dalam sukan bola sepak dan meningkatkan disiplin.

“Bahkan, acara turut mengeratkan silaturahim di kalangan mereka,” ujarnya.

Advertisement