Anda di sini

Agong dan Permaisuri rasmi Wisma Yayasan Anak Yatim Sultanah Haminah

Advertisement

ALOR SETAR: Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah dan Raja Permaisuri Agong Tuanku Haminah berkenan merasmikan Wisma Yayasan Anak-Anak Yatim Sultanah Haminah (YAYSH) di Jalan Mahkota, Lebuh Raya Darulaman di sini semalam.

Keberangkatan tiba Seri Paduka berdua di wisma itu disambut Pengerusi Jemaah Pemangku Sultan Kedah Tan Sri Tunku Sallehuddin Sultan Badlishah, Anggota Jemaah Pemangku Sultan Kedah Tan Sri Tunku Puteri Intan Safinaz Sultan Abdul Halim dan Menteri Besar Kedah Datuk Seri Mukhriz Tun Dr Mahathir.

Wisma YAYSH akan digunakan sebagai pusat kegiatan pelbagai aktiviti anak-anak yatim pada masa akan datang.

Yayasan itu ditubuhkan pada 15 Julai 2011 bertujuan untuk membela nasib anak-anak yatim yang tiada penjagaan sempurna dengan berusaha mencari sumbangan dana bagi sama-sama mengurus dan menangani isu-isu kebajikan anak-anak yatim.

Sehingga kini yayasan itu berkembang dan diperluaskan kepada setiap masyarakat kurang bernasib baik, tersisih daripada arus perkembangan semasa seperti golongan miskin dan ibu tunggal. — Bernama

Advertisement