Anda di sini

Bandar raya perlu rancang, urus perkhidmatan dengan berkesan

Advertisement

JOHOR BAHARU: Bandar raya di negara ini perlu merancang dan mengurus perkhidmatan perbandaran masing-masing dengan berkesan bagi memenuhi keperluan penduduknya yang semakin bertambah, kata Timbalan Menteri Ke-sejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Halimah Mohamed Sadique.

Beliau berkata dasar dan rangka kerja yang disusun kerajaan tempatan perlu menangani masalah ketidakseimbangan pembangunan tanah, infrastruktur fizikal, kemudahan dan isu perbandaran pada masa akan datang.

“Dengan menangani isu dan cabaran masa akan datang mulai sekarang, langkah lebih berkesan akan dapat dilaksanakan dalam mengurus bandar raya bertaraf dunia pada masa depan,” katanya ketika merasmikan Persidangan Antarabangsa Bandar Raya Dunia Johor Baharu 2020 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada Johor di sini semalam.

Halimah berkata sejajar dengan matlamatnya untuk menjadi bandar raya bertaraf dunia dan mencapai pembangunan lestari bagi bandar rayanya, sejak dekad lepas, Malaysia merancang dan melaksanakan pelbagai inisiatif untuk memper-kenalkan konsep unggul mengenai bandar raya sihat, selesa untuk didiami dan harmoni.

Katanya pelaburan besar dan pelbagai projek pembangunan yang dilakasanakan di bandar raya Malaysia seperti Johor Baharu, akan dapat melonjakkan pertumbuhan ekonomi dan seterusnya mengemudi negara ini ke arah mencapai taraf negara maju.

Menurut Halimah, me-lalui kemajuan dan peluang yang diwujudkan itu, kadar perbandran juga akan meningkat.

“Oleh kerana teknologi melahirkan inisiatif baharu ke arah meningkatkan pertumbunan bandar raya hijau, maka langkah untuk mengurangkan pengeluaran karbon, mewujudkan peng-urusan tenaga secara berkesan dan kaedah serta dasar lain untuk memelihara kualiti kehidupan pada masa akan datang, perlu dicari.

“Masyarakat perlu dididik dan dilibatkan melalui program proaktif dan inklusif supaya mereka faham bahawa tanggungjawab untuk mencapai bandar raya hijau dan lestari pada masa akan datang tidak terletak di bahu kerajaan tempatan semata-mata, tetapi juga merupakan usaha secara bersama dalam perspektif lebih luas,” kata-nya. — Bernama

Advertisement