Anda di sini

Nelayan Kampung Punang perolehi hasil ikan luar biasa

Advertisement

REZEKI DARI LAUT: Nelayan sibuk mengeluarkan ikan dari pukat sebaik tiba dari laut.

NELAYAN di Kampung Punang dekat Lawas memperolehi hasil tangkapan luar biasa Rabu lalu apabila mendapat lebih dua tan metrik ikan merah dan pelbagai jenis ikan tempatan selepas tujuh jam menurunkan pukat di laut.

Situasi itu didakwa luar biasa kerana pada cuaca yang tidak menentu ketika ini rezeki di laut semakin bertambah  berbanding hari biasa.

Meskipun agak terkejut, namun nelayan terbabit bersyukur atas rezeki tidak dijangka itu malah ada menjualnya secara lelong.

Seorang nelayan, Bakar Dinin berkata antara ikan yang berjaya ditangkap beliau dan rakan-rakannya termasuk ikan putih, alu-alu dan bekalang.

Katanya, hasil tangkapan luar biasa diperolehi nelayan di situ bermusim kerana tahun lalu juga terjadi situasi sama.

Namun, tangkapan kali ini lebih banyak sehingga mencecah  lebih dua tan metrik.

“Biasanya susah hendak dapat tangkapan sebanyak itu. Tetapi, kami bersyukur dengan rezeki yang diberikan Tuhan,” katanya.

Menurutnya, tangkapan ikan yang melimpah sehingga empat metrik tan pada hari tersebut menyebabkan perahu yang dinaiki sudah penuh dan ikan banyak dilepaskan.

“Kami tidak dapat membawa semua hasil tangkapan ikan dan juga pulang awal kerana bot penuh,” katanya.

Nelayan Kampung Punang turun ke laut seawal jam 6 pagi sehingga jam 1 petang untuk mencari rezeki.

Advertisement