Anda di sini

PITSA sentiasa hargai peranan ibu tunggal

Advertisement

BAHAGI: Norasmah (dua kanan) membahagikan kek
Hari Ibu kepada para hadirin.

HARI IBU: Norasmah bersama ahli PITSA Sibu yang lain
memotong kek Hari Ibu.

 

Oleh Reno Benjamin //

PERSATUAN Ibu Tunggal Sarawak (PITSA) Cawangan Sibu telah mengadakan sambutan Hari Ibu pada 25 Mei lepas.

Aktiviti pertama PITSA Sibu di bawah pengerusi baharu, Norasmah Noh itu telah dihadiri lebih kurang 50 orang ahli.

Program telah berlangsung di kediaman Timbalan Pengerusi PITSA Sibu Halimah Samat di Kampung Bahagia Jaya, Teku.

Dalam ucapannya , Norasmah berkata Hari Ibu amat bermakna kepada ibu tunggal yang mempunyai anak, m eskipun sambutan agak lewat diadakan.

Ibu tungga l katanya, mempunyai peranan yang amat besar terutama d a l a m membesar serta mendidik anak-anak setelah bergelar ibu tunggal.

“Oleh itu PITSA tidak pernah ketinggalan menyambut Hari Ibu bagi menghargai pengorbanan mereka yang bergelar ibu, termasuk juga ibu tunggal,” ujarnya.

Selain itu menurut Norasmah, sambutan juga bagi memupuk perpaduan dan kerjasama dalam kalangan semua ahli PITSA Sibu.

Pada majlis sama, PITSA Sibu turut memberikan cenderamata penghargaan kepada bekas pengerusi, Rebecca Saliman.

Sementara itu, jawatan setiausaha PITSA Sibu kini disandang oleh Halimah Beji serta dibantu oleh Sarimah Obek selaku timbalan setiausaha.

Hatipah Sidek masih kekal menjawat jawatan bendahari serta dibantu oleh Asiah Ismail.

 

Advertisement