Anda di sini

Tiga sepupu kemalangan, tak sempat temu duga askar

Advertisement

 KOTA SAMARAHAN: Hasrat tiga sepupu untuk mengikuti temu duga ter­buka Tentera Darat tidak kesampaian apabila ketiga-tiga mereka dikejarkan ke Hospital Umum Sarawak (HUS) selepas terlibat dalam kemalangan jalan raya, pagi semalam.

Difahamkan, ketiga-tiga mangsa yang berusia 20 tahun dan berasal dari Kampung Asajaya Laut semasa kejadian dalam perjalanan menuju ke Kem Penrissen sekitar jam 7 pagi.

Bagiamanapun, mereka yang menaiki dua buah mo­tosikal dikatakan berlang­gar dengan sebuah kereta menyebabkan ketiga-tiga mereka tercampak dari atas motosikal.

“Dua daripada mangsa dikhuatiri mengalami patah tulang kaki, manakala se­orang lagi cedera ringan dan kesemua mereka telah dike­jarkan ke HUS untuk rawatan lanjut,” kata sumber.

Sehingga berita ini ditulis semalam, kesemua mang­sa dilaporkan stabil dan masih menerima rawatan di HUS.

Sementara pemandu dan penumpang kereta tersebut dilaporkan tidak mengalami sebarang kecederaan.

Punca kemalangan masih dalam siasatan pihak polis.

Advertisement