Anda di sini

Forests Plantation sumbang set jana kuasa kepada dua gereja

Advertisement

KUCHING: Gereja di Long Wat dan Long Bangan menerima set jana kuasa enjin diesel 13HP daripada PUSAKA KTS Forests Plantation Sdn Bhd.

Wakil PUSAKA KTS Forests Plantation Sdn Bhd Datuk Vincent Chapman menyerahkannya kepada Gereja Katolik St Anthony Long Wat yang diwakili Ketua Kampung Anyi Avit dan wakil Long Bangan Sarudin Ding.

Beliau memberitahu, pemberian jana kuasa itu membolehkan penduduk rumah panjang menikmati kemudahan elektrik khasnya dalam menjalankan aktiviti gereja.

Syarikat itu telah diberi lesen untuk penanaman semula hutan oleh kerajaan negeri bagi menanam spesies pokok tertentu dan pembangunan sawit.

Ia merupakan kerjasama antara Perbadanan Kemajuan Perusahaan Perkayuan Sarawak (PUSAKA) dan KTS Holdings Sdn Bhd.

Advertisement