Anda di sini

Alat pemadam api selamat Rh Sekang

Advertisement

SIBU: Rumah Sekang@Sigam Renggi sepanjang 30 pintu yang terletak di kawasan Sungai Belabut, Batang Baleh, Kapit nyaris terbakar pagi kelmarin.

Nasib baik tindakan pantas penduduk rumah panjang berjaya memadamkan api dengan alat pemadam api.

Menurut sumber, percikan api bermula di bahagian ruai bilik tuai rumah dipercayai akibat litar pintas.

Pihak Jabatan Bomba dan Penyelamat Kapit bergegas ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan kecemasan pada jam 8.15 pagi.

Seramai 16 anggota bomba dikerahkan ke tempat kejadian menaiki pacuan empat roda, kenderaan bomba dan bot untuk sampai ke lokasi kejadian kira-kira 40 minit perjalanan dari Balai Bomba Kapit.

Menurut PB Mark Nicholas Edwin yang dihubungi semalam, jarak balai dari lokasi kejadian ialah kira-kira 20 kilometer.

“Kami mendapati api sudah berjaya dipadamkan oleh penduduk setempat dengan alat pemadam api jenis debu kering (ABC) setiba kami di situ dan tiada kehilangan nyawa dilaporkan,” jelasnya.

Advertisement