Anda di sini

Parlimen tubuh tabung bantu mangsa banjir di Bosnia-Herzegovina

Advertisement

KUALA LUMPUR: Parlimen Malaysia semalam  menubuhkan Tabung Amal Bencana Bosnia-Herzegovina bagi memberikan bantuan kemanusiaan segera kepada negara itu setelah dilanda banjir besar pada 13 Mei lepas.

Tabung itu dilancarkan oleh Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia di lobi Dewan Rakyat, semalam.

Pengerusi Kelab Penyokong Barisan Nasional (BNBBC) Tan Sri Shahrir Abdul Samad berkata tabung itu ditempatkan di lobi Parlimen selama dua hari bermula semalam.

“Banjir besar akibat hujan paling lebat di negara itu dalam tempoh 100 tahun telah mengakibatkan kematian dan menyebabkan kerosakan harta benda serta kemudahan infrastruktur negara itu.

“Hasil sumbangan ikhlas daripada Ahli Parlimen akan diserahkan kepada Parlimen Bosnia-Herzegovina dan golongan yang memerlukan sempena lawatan delegasi yang akan diketuai Pandikar pada minggu kedua Ramadan ini,” katanya ketika ditemui Bernama semalam. — Bernama

Usaha itu juga merupakan manifestasi sokongan padu dan hubungan erat antara Malaysia dan Bosnia-Herzegovina. — Bernama

Advertisement