Anda di sini

Hari Anggota Bomba 2014 dirai dengan kempen derma darah

Advertisement

TURUT SERTA: Orang ramai turut berpeluang mengetahui lebih lanjut fungsi dan peralatan dalam jentera bomba.

SELAMATKAN NYAWA: Abdul Mutalib menderma darah sempena sambutan Hari Anggota Bomba 2014.

PENERANGAN: Pegawai dan anggota JBPM Zon Sibu tertarik dengan penjelasan Dr Ngian (kiri) untuk mendaftar sebagai pengikrar pendermaan organ.

 

 

Oleh Florence Nervyn //

KEMPEN Derma Darah anjuran Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Zon Sibu dengan kerjasama Bank Darah Hospital Sibu telah mendapat sambutan yang baik di kalangan pegawai dan anggota JBPM serta orang awam, baru-baru ini.

Program yang berlangsung di Medan Mall di Sibu, bermula dari jam 10 pagi hingga 2 petang, dianjurkan sempena sambutan Hari Anggota Bomba 2014.

Objektif penganjuran kempen ialah sebagai usaha membantu pihak bank darah hospital mendapatkan bekalan darah yang mencukupi untuk kegunaan Hospital Sibu.

Majlis perasmian program telah disempurnakan oleh Ketua Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Zon Sibu Abdul Mutalib Rashid dan Pengarah Hospital Sibu Dr Ngian Hie Ung.

Turut diadakan sepanjang kempen derma darah itu termasuk pameran JBPM dan pendaftaran pengikrar penderma organ.

 

Advertisement