Anda di sini

Demam Piala Dunia 2014 tidak jejas prestasi penjawat awam

Advertisement

PUTRAJAYA: Meskipun demam Piala Dunia 2014, yang berlangsung di Brazil sejak Jumaat lepas, melanda negara ini tiada sebarang laporan negatif berhubung prestasi penjawat awam.

Perkara itu dinyatakan Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa kepada pemberita selepas merasmikan Pasar Tani @ Agro Jabatan Perdana Menteri di sini semalam.

“Semalam  (kelmarin) saya menghadiri mesyuarat bersama ketua-ketua jabatan dan saya bertanya tentang perkara tersebut, tetapi mereka kata tiada sebarang kesan negatif yang berlaku terhadap prestasi penjawat awam,” katanya.

Beliau berkata ini membuktikan penjawat awam berjaya mengagih waktu antara tugasan serta minat terhadap sukan bola sepak.

Piala Dunia 2014 berlangsung selama sebulan iaitu sehingga 13 Julai ini. — Bernama

Advertisement