Anda di sini

Chong Wei mara ke pusingan kedua Terbuka Indonesia

Advertisement

KUALA LUMPUR: Seperti yang diduga, jaguh badminton negara Datuk Lee Chong Wei melepasi laluan mudah ke pusingan kedua Kejohanan Terbuka Indonesia di Stadium Istora Gelora Bung Karno di Jakarta, Indonesia.

Pada perlawanan pusingan pertama hari ini, Chong Wei hanya mengambil masa 31 minit untuk menewaskan pemain perseorangan tuan rumah, Sony Dwi Kuncoro dengan straight set 21-7 dan 21-11, demikian menurut laman web www.bwfbadminton. org/sport

Selaku juara bertahan, Chong Wei pernah merangkul kejuaraan Terbuka Indonesia sebanyak lima kali iaitu 2007, 2009, 2010, 2011 da n 2013.  — Bernama

Advertisement