Anda di sini

Najib pengerusi Mesyuarat Menteri Besar dan Ketua Menteri

Advertisement

PUTRAJAYA: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mempengerusikan Mesyuarat Menteri Besar dan Ketua Menteri Ke-121 di Bilik Mesyuarat Perdana, Bangunan Perdana Putra di sini.

Mesyuarat itu turut dihadiri Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa dan beberapa menteri Kabinet.

Ini merupakan mesyuarat kali kedua diadakan pada tahun ini yang bertujuan menyelaras pentadbiran antara negeri dan membincangkan isu-isu berbangkit.

Mesyuarat kali ini menyaksikan muka baharu iaitu Menteri Besar Terengganu Datuk Ahmad Razif Abdul Rahman yang dilantik pada 12 Mei lalu menggantikan Datuk Seri Ahmad Said yang meletak jawatan.

Seorang lagi muka baharu ialah Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Datuk Amar Adenan Satem yang mengambil alih jawatan daripada Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud, kini merupakan Yang di-Pertua Negeri pada 28 Februari tahun ini.

Mesyuarat bermula pada jam 10 pagi. — Bernama

Advertisement