Anda di sini

242 unit komputer bernilai RM200,000 dilupuskan

Advertisement

KEPALA BATAS: Sebanyak 242 unit komputer bernilai RM200,000 yang diubah suai dan dipasang dengan permainan judi, dilupuskan IbU Pejabat Polis Daerah (IPD) Seberang Perai Utara (SPU), semalam.

Ketua Bahagian Penguru­san IPD SPU, DSP Abdul Aziz Daud berkata pelupusan komputer itu yang melibatkan 19 kes dari tahun 2009 hingga 2013 dibuat setelah mendapat perintah mahkamah.

“Kami melakukan pe­lupusan selepas 19 kertas siasatan berkaitan kes per­judian di sekitar daerah ini diselesaikan dan pertudu­han selesai dilakukan di mahkamah.

“Kebanyakan premis judi yang diserbu menjalankan kegiatan secara tersem­bunyi malah mempunyai lesen perniagaan, namun set komputer itu dirampas ker­ana menawarkan permainan judi,” katanya kepada pemberita selepas pelupusan komputer berkenaan, di sini. — Bernama

 

Advertisement