Anda di sini

PPKS, i-CATS anjur pameran bergerak pengambilan Julai

Advertisement

KUCHING: Pusat Pembangunan Kemahiran Sarawak (PPKS) dan Kolej Antarabangsa Teknologi Lanjutan Sarawak (i-CATS) menganjurkan pameran bergerak untuk pengambilan Julai.

Menurut kenyataannya semalam, PPKS dan i-CATS sebagai pemimpin bagi inovasi dalam pendidikan teknikal dan latihan, menawarkan pelbagai program dan kursus di peringkat Sijil Kemahiran Malaysia (SKM), Diploma Kemahiran Malaysia (DKM) dan Diploma Akademik mengikut permintaan dalam sektor industri hari ini.

PPKS dan i-CATS mengadakan pameran bergerak di seluruh negeri sebagai usaha untuk mendekati rakyat Sarawak dalam memperkenalkan program dan kursus-kursusnya.

Pameran bergerak itu dijadualkan bermula dari 11 Jun hingga 15 Julai untuk pengambilan Julai bagi pelajar lepasan sekolah, ibu bapa dan individu yang berminat dialu-alukan datang dan bertemu dengan pihaknya.

Antaranya di Wisma Sanyan (11-18 Jun) bermula jam 10 pagi hingga 9 malam, SMK Nanga Dap, Kanowit (21 Jun) bermula 9 pagi hingga 5 petang, Imperial Mall Miri (17-18 Jun) bermula 10 pagi hingga 9 malam.

Manakala di Purnama Hotel, Limbang adalah pada 19 Jun bermula 9 pagi hingga 5 petang, Majlis Daerah, Lawas (20 Jun) bermula 9 pagi hingga 5 petang, The Summer Mall (14-28 Jun) bermula jam 9 pagi hingga 9 malam.

Plaza Merdeka pada 16 Jun hingga 15 Julai bermula 10 pagi hingga 10 malam, E-mart (16 Jun -8 Julai) bermula 10 pagi hingga 9 malam dan Giant Batu 10, 16 Jun hingga 18 Julai bermula 10 pagi hingga 9 malam.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi 082-366024/366025 atau melawat PPKS/ i-CATS kampus utama di Jalan Canna, Off Jalan Wan Alwi, Tabuan Jaya, Kuching.

Maklumat juga boleh diperolehi dari laman web i-CATS ini: www.ppks.edu.my atau www.icats.edu.my.

Advertisement