Anda di sini

Lelaki warga asing ditahan ketika Ops Cantas Khas

Advertisement

Oleh RUZAINI ZULKIFLI

 

PISAU Rambo yang berukuran 12 inci milik suspek.

Padah bawa pisau ‘Rambo’

PENAMPANG: Tindakan seorang lelaki warga asing membawa sebilah pisau ‘Rambo’ akhirnya memakan diri selepas ditangkap polis dalam satu sekatan jalan raya di Jalan Bundusan, berdepan Restoran Dorwish, di sini malam kelmarin.

Ketua Polis Daerah Penampang Deputi Superintenden Ratan Kumar Singh berkata dalam kejadian kira-kira jam 11.30 malam itu, suspek dikatakan sedang membonceng motosikal rakannya menuju ke kawasan Bundusan.

“Bagaimanapun, ketika suspek dan rakannya ditahan bersempena sekatan jalan raya Ops Cantas di lokasi itu, suspek dipercayai telah bertindak melarikan diri.

“Namun usaha suspek hanyalah sia-sia selepas berjaya ditangkap dan hasil pemeriksaan lanjut, polis menemui sebilah pisau berukuran 12 inci yang diselit dipinggangnya,” katanya di sini kelmarin.

Menurut Ratan, suspek yang berusia 29 tahun itu kini telah direman bagi siasatan mengikut Seksyen 6 (1) Akta Bahan Kakisan Letupan Senjata Berbahaya 1958.

 

Advertisement