Anda di sini

Kumpulan muzik dari England, Itali meriahkan RWMF Ke-17

Advertisement

KUCHING: Blackbeard’s Tea Party merupakan band dari England yang menampilkan muzik dengan genre ‘folk’, ‘rock’ dan ‘everything in-between’.

Bermain sama sejak 2009, Blackbeard’s Tea Party bermula dengan ‘busking’ dan majlis keramaian tetapi mengembangkan reputasinya dengan cepat.

Kumpulan dianggotai enam anak muda itu merupakan pemuzik inovatif dengan memainkan lagu tradisional England yang bertenaga berasaskan rock.

Lirik lagunya menggunakan tradisi Britain yang mengisahkan tentang kesunyian, kematian dan kesengsaraan.

Sejak 2009, band tersebut mengeluarkan dua album penuh dan satu album mini.

Berminat untuk menyaksikan band tersebut, kunjungi Festival Muzik Hutan Hujan Sedunia (RWMF) Ke-17 di Kampung Budaya Sarawak bermula 20 hingga 22 Jun ini.

Sebuah lagi kumpulan dari selatan Itali, Canzoniere Grecanico Salentino pula memainkan muzik ‘Tarantella’.

Band Itali tersebut ditubuhkan sejak 1975 oleh penulis Rina Durante dan menjadi band terkemuka dan terlama memainkan muzik tradisional dari Salento hingga ke Puglia.

Diundi sebagai ‘Best Italian World Music Band’ di Babel Med Music 2011, Global 2012, WOMEX 2012, SXSW 2013 dan WOMAD 2013, band dianggotai enam pemuzik itu memainkan muzik menggunakan tamburello dan dram.

Persembahan band tersebut boleh dilihat pada RWMF Ke-17.

Advertisement