Anda di sini

Live Action Run 2014 meriah

Advertisement

Seramai 3,200 orang dari 20 negara menyertai larian itu

MULA: Wahab (tiga kanan) melepaskan peserta Live Action Run 2014 di Kuching semalam.

KUCHING: Live Action Run 2014 mendapat sambutan meriah apabila seramai 3,200 orang dari 20 negara menyertai larian itu semalam.

Dianjurkan oleh Pusat Beli Belah The Spring dengan kerjasama TEEM Events and Exhibition Management dan Persatuan Maraton Kuching berjaya mengutip RM60,000 untuk diagihkan kepada empat pertubuhan kebajikan iaitu Sarawak Hospice Society, Kumpulan Sokongan Kanser Payu Dara Sarawak, Habitat for Humanity dan Special Olympics Sarawak.

Larian dibuka lima kategori 21 kilometer (KM) setengah maraton, 21km Ekiden Relay, Mitsubishi Motors 10km, 5km ‘Fun Run’ dan 1km kanak-kanak.

Antara negara menyertai larian itu ialah Jepun, United Kingdom, Amerika, Kenya dan Mexico.

Malah, larian itu turut disertai Datuk Bandar Majlis Perbandaran Kuching Selatan (MBKS), Datuk James Chan dan Datuk Bandar DBKU, Datuk Abang Abdul Wahab Abang Julai.

Antara senarai pemenang bagi kategori 5KM lelaki, Lim Wei Kuang (1), Loh Leong Hua (2) dan Jong Shi Ken (3) manakala wanita pula Alana Radford (1) diikuti Anthea Qng Lim dan Alicja Kordowska.

Kategori 10KM lelaki, Sunny Jong Shi Xian (1), Chong Yen Boon (2) dan Abdul Aziz Mahmoud (3) manakala wanita, Susan Jemutai Chepkwony (1), Ling Mee Eng (2) dan Ho Siew Hua (3).

Juara membawa pulang wang tunai (bagi kedua-dua kategori lelaki dan wanita) RM1,000, tempat kedua RM750 dan RM500 ketiga.

Sementara itu, bagi kategori setengah maraton lelaki, tempat pertama dimenangi Ngare Joseph Mwangi (wang tunai RM3,000), diikuti Kibarus Alex Kipkorir came (RM2,000) dan Bernard Muthoni (RM1,000).

Kategori wanita pula, tempat pertama dimenangi Mugo Hellen Wanjiku (RM3,000), diikuti Waratumo Cecilia Wangui (RM2,000) dan Caroline Kigen (RM1,000).

Semua pemenang menerima piala dan hadiah sampingan.

Advertisement