Anda di sini

Rumah terbiar dibimbangi jadi sarang nyamuk, gejala sosial

Advertisement

MIRI: Seorang penduduk di Kampung Lereng Bukit di sini merayu Majlis Bandaraya Miri (MBM) agar membersihkan kawasan rumah yang telah terbakar dan kawasan sekitarnya.

Rayuan berkenaan dibuat disebabkan kawasan rumah tersebut turut menjadi tempat pembiakan nyamuk dan kawasan melepak pendatang atau pekerja asing.

“Sejak rumah berkenaan terbakar dan ditinggalkan begitu sahaja oleh pemiliknya pada awal tahun ini, kawasan rumah tersebut menjadi pembiakan nyamuk.

“Bahkan pada sebelah malam, kelihatan beberapa orang yang tidak dikenali melepak di pekarangan rumah tersebut.

“Apabila saya menegur atau menjerit kepada mereka, mereka segera beredar dari tempat tersebut,” katanya yang tinggal bersebelahan rumah terbabit.

Jelas beliau, rumah tersebut dikelilingi lalang yang tinggi dan adakalanya terdapat orang yang tidak dikenali pergi ke kawasan rumput atas sebab yang tidak diketahui.

 

Advertisement