Anda di sini

Bomba bergotong-royong di Rumah Seri Kenangan Sibu

Advertisement

Oleh Florence Nervyn //

SEMANGAT BERPASUKAN: Pegawai dan anggota JBPM melakukan kerja membersihkan parit.

LEBIH 70 orang pegawai dan anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) dari tujuh buah balai sekitar zon Sibu telah menyertai Program gotong-royong di Rumah Seri Kenangan Sibu, baru-baru ini.

Program tersebut telah dirasmikan bersama oleh Ketua Bomba dan Penyelamat Zon Sibu merangkap Penguasa Kanan Bomba II, Mutalib Abdul Rashid dan Pengetua Rumah Seri Kenangan Sibu, Sharifah Ainie Sayeed Alwie.

Menurut Pemangku Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Sarikei Nicholas Belulin, program gotong-royong tersebut merupakan aktiviti tahunan JBPM sempena sambutan Hari Anggota Bomba 2014.

Selain itu, seramai tujuh orang ibu yang menghuni Rumah Seri Kenangan Sibu diraikan sempena Hari Ibu dan enam orang penghuni lain yang menyambut hari jadi turut diraikan bersama pada program itu.

Aktiviti lain turut diadakan ialah penyampaian sijil dan cenderahati kepada pihak Rumah Seri Kenangan oleh JBPM bagi Program Teman Pili Bomba.

TAKLIMAT: Pembahagian tugas dilakukan sebelum aktiviti gotong-royong berlangsung di Rumah Seri Kenangan.

TERIMA KASIH: Sharifah Ainie (dua kiri) menyampaikan tanda penghargaan kepada Mutalib (dua kanan) sambil diperhatikan oleh Nicholas (kanan).

Advertisement