Anda di sini

Bayi melecur kena air panas

Advertisement

KUCHING: Seorang bayi lelaki berusia lapan bulan dikejarkan ke Hospital Umum Sarawak (HUS) lewat malam kelmarin akibat melecur di badannya selepas terkena air panas.

Menurut sumber, insiden dilaporkan berlaku di Kampung Pulo, di sini ketika ibu mangsa baharu selesai memasak air iaitu sekitar jam 11 malam.

“Dipercayai, ibu mangsa tidak menyedari mangsa berada di belakangnya menyebabkan dia terkejut lalu air panas yang dipegangnya tertumpah terkena mangsa,” kata sumber.

Mangsa kemudian dikejarkan ke HUS oleh anggota Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) dan masih dirawat di Zon Merah HUS sehingga berita ini ditulis semalam.

 

Advertisement