Anda di sini

Pool Tertutup BPPC Sungai Merah 28 Jun

Advertisement

SIBU: Pertandingan Pool Tertutup BPPC Sungai Merah Sibu akan berlangsung pada 28 Jun bertempat di Tingkat 1, Bazaar Sungai Merah.

Pertandingan ini dianjurkan oleh Buluh Pengerindu Pool Club (BPPC Sungai Merah).

Anchor Sdn Bhd sebagai penaja pertandingan menyediakan hadiah berupa wang tunai dan trofi.

Juara, naib juara dan tempat ke tiga akan membawa pulang wang tunai berserta trofi, mengikut jumlah penyertaan.

Yuran penyertaan yang dikenakan kepada peserta hanyalah serendah RM30.

Syarat pertandingan terbuka kepada lelaki dan juga perempuan. Berumur 18 tahun ke atas dan terbuka kepada orang ramai.

Format perlawanan tertakluk kepada ’9 Ball’ dan sistem kalah mati.

Sebarang penyertaan dan maklumat, hubungi Madeey menerusi talian 013-8822896.

Advertisement