Anda di sini

Pertandingan Pingpong Kumpulan Umur Kuching dari 5 hingga 13 Jul

Advertisement

KUCHING: Persatuan Ping Pong Bahagian Kuching (KDTTA) akan menganjurkan Pertandingan Pingpong Kumpulan Umur Kuching bertempat di Pusat Latihan Ping Pong Elit Kuching, Pusat Tai Chi, Lorong Laksamana Cheng Ho No 8 awal bulan depan.

Kejohanan tahunan KDTTA itu akan mempertandingkan kategori lelaki dan perempuan bagi peringkat umur bawah 8, 10, 13, 15 dan 18 tahun bermula dari 5 hingga 13 Julai depan.

Objektif pertandingan antara lain mempromosi sukan pingpong kepada pelajar sekolah selain mencungkil pemain baharu untuk menjalani latihan sistematik.

Selain itu, kejohanan selama sembilan hari itu juga bertujuan memberi pendedahan kepada pemain remaja sebelum mereka menyertai kejohanan di peringkat yang lebih mencabar.

Peserta yang berminat boleh menghantar borang permohonan dari Isnin hingga Sabtu (2.30 petang hingga 6.30 petang) kepada Helena Wee, Chai Kiang Peng dan Chai Kiang Ann di pusat latihan tersebut.

Setiap peserta dikenakan yuran berjumlah RM3 bagi setiap kategori dengan tarikh tutup pada 25 Jun ini.

Peserta terlibat juga dikehendaki melaporkan diri di venue kejohanan pada 5 Julai, jam 8 malam.

Advertisement