Anda di sini

Padah merokok ketika isi minyak

Advertisement

MELECUR: Mangsa yang ditemani rakannya tiba di HUS untuk mendapatkan rawatan malam kelmarin.

GARA-GARA merokok sambil mengisi minyak motosikal, seorang pemuda kini terlantar di hospital akibat melecur pada kaki dan tangannya.

Insiden dilaporkan berlaku di Kampung Simpok, Padawan apabila pemuda berusia 21 tahun dan berasal dari Kampung Braang Payang itu singgah untuk mengisi minyak motosikalnya sekitar jam 9 malam kelmarin.

Bagaimanapun, malang tidak berbau apabila mangsa yang dikatakan menghisap rokok ketika mengisi minyak motosikalnya tertumpah sedikit minyak petrol tersebut lalu terkena pada rokok yang dipegangnya.

Justeru, difahamkan berlaku percikan api yang kuat menyebabkan tangan dan seluruh kaki kanan mangsa melecur.

“Mangsa tidak sempat menyelamatkan diri apabila minyak petrol yang tertumpah itu terkena pada rokok yang dipegangnya sehingga berlaku percikan api yang kuat menyebabkan tangan serta kaki kanannya melecur.

“Beberapa penduduk kampung yang menyaksikan kejadian tersebut kemudian segara membantu mangsa seterusnya menghantarnya ke Hospital Umum Sarawak (HUS) untuk rawatan,” kata sumber.

Mangsa sehingga berita ini ditulis semalam dilaporkan berada dalam keadaan stabil namun masih menerima rawatan di HUS.

 

Advertisement